~ Alhamdulillah syukur kerana masih menemui Ramadhan ~
Syukur kpd Ilahi kerana dipertemukan dengan ramadhan kali ini supaya kte dpt menambah iman dan taqwa kepada-Nya.. jgn sesekali mempersiakan kehadiran bulan mulia ini, bulan yg terbaik dari seribu bulan..
Sebagai umat Islam, apa yg kita perlu lakukan dlm bulan ramadhan ialah perbanyakkan membaca al-Qur'an.. inshaAllah kita dpt khatam al-Qur'an dlm ramadhan yg mulia ini.. banyak fadhilat yg kte akan dpt dgn membacanya..
Hazrat ‘Abdullah bin ‘Amr r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Puasa dan al-Quran akan meminta syafaat untuk seseorang. Puasa akan memohon, ‘Ya, Allah, aku telah menghalangnya daripada makan dan minum pada siang hari maka Engkau terimalah syafaatku ini untuknya.’ Al-Quran pula berkata, ‘Ya Allah, aku telah menghalangnya daripada tidur pada waktu malam maka terimalah syafaatku untuknya.’ Kedua-dua syafaat itu akan diterima.” (Hadith riwayat Ahmad, Ibnu Abi Dunia, Tabrani dan Hakim)
## Apa yg sy ingin kongsikan ini, jadikan al-qur'an sebagai teman yg paling rapat dan paling hampir dgn kita supaya kita tidak lupa pada hakiki.. dgn kehadiran 'teman' ini akan memberi ketenangan abadi dan jiwa yg suci utk menjauhi noda dunia.. bawalah qur'an bersama sahabat sekalian kerana hikmahnya dapat memberikan pahala kpd kita di samping membaca dan mengamalkannya.. wallahu'alam :)) [muhasabah diri]

No comments:
Post a Comment