Saturday, 21 January 2012

Mana Satu Pilihan Hati


Saya bertanya kepada emak, "mak mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?"
Mak jawab, "dua-dua bukan.."
Saya tercengang. Mak mengukir senyuman.
"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." saya menarik nafas dalam-dalam.
"Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.
Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.
"Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.
"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.." mak menyusun ayat-ayatnya.
"Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu.."
Saya memintas, "Tak faham.."
Mak menyambung, "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.."
Mak menyambung lagi, "Begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."
Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini..
Mak menyambung, "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi. Persoalannya ialah.. siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.
Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.
"Mak dulu masa muda ada secret admire. Rajin betul dia hantar surat. Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal. Mak nak belajar sungguh-sungguh. Lama budak tu tunggu mak. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu," Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..
"Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak.
Emak ketawa kecil.
"Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain. Mak, seperti kakak.." Mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.
"Dulu bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji. Sebab zaman tu hujung 70-an dan awal 80-an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya. Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.." emak melemparkan pandangan ke lantai.
"Selepas itu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.
Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.
"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya.
Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

"Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni. Tetapi kita kena ingat. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai. Bercouple mungkin. Tetapi bukan berkahwin. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."
Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak.
Emak meneruskan, "Allah itu Maha Adil. Dia tak pernah menzalimi hamba-Nya. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hamba-Nya ialah diri hamba tu sendiri. Sebabnya hamba itu degil. Dia mahukan yang bukan haknya dan yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.
Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.
Cuba renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya," emak berhenti seketika.
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.
"Jadi di sini mak nak kamu faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita beritahu pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak ayah adalah kerana mencintai Allah. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beritahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata."
"Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. Hanya Allah yang boleh memegangnya. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti."
"Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kamu, terimalah dengan hati yang redha. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kamu sayang, tak jadi hal lah. Tapi kalau dapat yang kamu tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kamu ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kamu sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kamu sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kamu.. Alangkah bertuahnya kamu kalau kamu mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur," sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.
Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. "Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara," emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.


- Artikel ini menarik perhatian saya dari iluvislam.com
Sumber Grafik: Koleksi iluvislam.com

miss them very much ~

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera,

Utk next post ni, nk cta skit pasal zaman kegemilangan d matrix dlu..pahit getir kt sna..erm,rmai org sgkakn klau msuk mtrix mmg kne pulun study je tp hakikatnya x pn sbnrnya.. sambil study, sambil kta mengenal erti kehidupan k.. ape org ckp, smbil menyelam mnum air..keke.. haaa,ok kt mtrix dlu aku adalah penolong ketua praktikum n ktua aku K.S (Eng Kar Seong).. penolong kp (ketua praktikum) sbnrnya bkn aku..tp org lain.. nma dia piqah ataupn ktaorg pggil k.chik.. lpas dia dpt twrn bljr ke beijing, so, aku la memikul tggjwb tersebut.. xpe,demi k.chik..sggup.. haha..dlm klas aku ada 3 jejaka tampan, muhsin, wan n k.s..diorg ni mmg baik laa..xda hal la klau nk mntk tlg n sporting abes laa.. msa sem 1, aku cm biasa2 je..xbpe rapat sgt dgn org lain..smua kwn..tp xde yg special.. strt sem 2 bru mula rsa nikmat persahabatan sbnrnya..rsa cm nk nanges je ble teringt blk.. lecturer2 pn best n sporting gle..diorg mmg byk mmbntu km dlm pmbljrn..korg nk tw sape mentor aku? hmm..jap ea..sape ea? haaa, Puan Zuraina la mentor aku, lecturer bisnes.. ataupn org pggil dia Puan ZZA..haha..sbb ape tw, nma penuh dia zuraina zainal abidin..puan mmg sempoi..slalu naik mto bsar ktanya..hari tu pegi jmpa dia kt pentad (pjbt lecturer) aku tgk gmbr dia naik mto dgn husband dia..romantik knn..hehe..

~ Praktikum A2P2 ~


~ muhsin [ semangat larian kakom] ~ haha


~bersama Pn Rahizawati (lecturer akaun)~
~bersama miss chew (lecturer eko) slalu aku kna pggil "wanyi"~
~kena denda sbb xley jwb soalan eko miss chew..haha..kelakar kot ~
~tekun msa kelas tambahan mlm eko~
~msa orentasi a2p2 (siput2) ~


Ada lg yg aku xley lupa, kt mtrix ade d'pongsu tmpt lepak2 lpas abes study kt library..n pkcik 4 flat mmg slalu dlm ingatan aku sbb slalu pg2 sblm g klas msti pegi bli kuih dkat pkcik..haha..smua nma pkcik sebut wlaupn bkn nma ktaorg..ayu la, fatin la, nur la..mcm2 pkcik..itulah mesra pelanggan..bgus pkcik... rndunyaaa..

Ok yg ni msti pnjg lebar aku nk cte, haa,msa sem 2 dlu aku da strt rapat dgn beberapa org neh..diorg mmg best..aku cm tabik gle..sbb suka tlg antara satu sma lain..wlaupn org tu xbpe pndai tp ajar smpai fhm..itulah nmanya shbt..aku ade fmly kt mtrix..haa, bermulanya drp sape ntah..rsenya fieza n fana (classmate) pggil aku "maklong"..haha..kelakar kn..dlm flmy ktaorg ni ade 9 org..fikah (paklong) , wani (maklong) aku ler, fana (kaklong), fieza (k.ngah), eja (adik) ,awis (abg ngah), hafizul, wan (adik), dila (adik ipar).. smuanya secara kebetulan..ktaorg strt rapat msa sem 2..ke mna je msti pegi 9 org..wlaupn ade yg klas x sma..ingt lg, msa study week, ktaorg sehari suntuk study kt library..study group..blk blik nk mndi n tdo je..mmg best..pg2 kna kejut dgn pklong..bgun2 subuh.. haha..ingt lg, aritu ktaorg pegi psar mlm..pegi sma2 jgk..bli mcm2 n mkn sma2 kt kafe..walupn mkn lmbt..x ksh kn..jnji mkn sesama..rnduuuuuuuuuunyaaa ya Allah ! :(  dh dua tahun x jmpa..msing2 terpisah mengejar impian..alhamdulillah berkat study sma2 kptsn km baik n dpt universiti..

~km berempat slalu bersama (org dh ckp mcm adik beradik sbb kening km berempat tebal) hehe~
~family kmpp~
~fana n eja a.k.a k.long n adek ~
~love them forever, miss uollllsss very much~
~ msa birthday aku ~

knp ye diorg pggil aku mklong? sbb diorg ckp aku ade ciri2 keibuan.. haha..biasa je kot..smpai skrg pggilan tu msih melekat klau diorg kol o msg aku..whatever..xksh pn.. hehehe..oklaaa..rsanya itulah alkisah msa d matrix..phit manis tu kta yg mencipta sendiri..knn..msti best klau ingt kngn2 dlu..bole patah blk x? haha..thnx for reading ! salam :D






Friday, 20 January 2012

permulaan Qalbi ~

Assalamua'alaikum,


wahhh..dh ada blog..keke.. teringin kot nak wat blog lama dh..tp xda kesempatan.. 
opppss..lupa plak ada org..haa,salam perkenalan buat smua, ahlan wa sahlan ke Qalbi Sakinah.. 
1st skali mcm mna bole terdetik nk wt blog,hmmm..smua strt tgk org wt blog..teringin..tp "xsempat"..
so,kali kna bg sempat jgk..haha..roomate aku, Nurazuani pn dh bg kata semangat "wt la blog,senang je"
knnn, jd bla org dh kata senang, ape tggu lg.. moh la wt blog.. heeee
"Qalbi Sakinah".. hatiku yang tenang..sedap knn..erm,cuba menjadi tenang wlaupn kita sebgai manusia x penah 
terkecuali utk menjalani ujian Allah..so, tenang x tenang,wait n see.. inshaAllah setiap hari sy berdoa supaya 
mohon petunjuk drp-Nya agar diredhai sepanjang hdup ini..


hmm..td tu bru intro..mcm karangan lak knn..hehe.. lupa nk kenalkan nma.. ismi Syazwani binti Bahari berasal drp Pulau Pinang, Pulau Mutiara.. mutiara tu xtw la ada kt mna tp penang ttap di hatiku sbb ape kn, SK Teluk Kumbar, SMKA(P) Al- Mashoor, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (perakaunan) dan USM Penang (pengurusan).. smuanya di Penang.. errrrr ~ (mmg x ke mna la aku).. Alhamdulillah pencapaian di setiap institusi yg aku amat memberangsangkan.. hebat x hebat masing2 ada klbhn n kekurangan yg diberikan..btol x? hee..the key is my parents always in my mind wlaupn dekat ja kn nk blk..xkira la kn apa yg kta wt, parents must be 1st.. 


Msa UPSR mak sy ckp, aku ni rajin sgt..pg smpai ptg bljr non stop..pg pegi skola bljr mcm biasa, ptg kelas tmbhn kt skola, mlm kls tmbhn dgn makcik..letih knn..mmg x sempat rhat..mak mmg pentingkn akademik anak2 dia.. pegi skola naik basikal ok sbb ada klas tmbhn.. haaa,nk cta pasal msa g amek result..dlu mna bole naek mto, kcik lg..pdhal msa drjah 6 tu dh cekap da bwk mto..haha..minah rempit btol laa.. pg tu pegi amek result kayuh basikal dgn kwn, nma dia Mustika.. pegi dgn yakinnya 5A pnya.. skali ckgu Omar bg result 4A jaa.. blk ja rmh tnjuk kt mak mmg sdey gla la..dduk dlm blik nanges..xnk mkn..pas2 mak msuk blik pujuk sambil nanges jgk..sebak kot..mak ckp "xpala kak,bkn Tuhan bg 5A kt kak..dia nk bg..tp org lain lg layak..kak dh usaha.."mmg sdey kot..nanges lg kuat la aku..


msa PMR n SPM biasa2 ja..malu la nk gtw..huhu..biarlah rahsia..tp alhamdulillah la bole lpas msuk matrix..msa tgktn 4 n 5 tkot jgk sbb nk kna bljr Bahasa Arab Tinggi tp klau x dduk mshoor nk smbung mna lg..so, try n error..bole plak kn.. haha..bersyukur sgt everything ok.. gred subjek Arab lg ok dri yg lain.. x pndai ckp, fham n tulis tu bole laa.. Now,cta pasal matrix lak, hmm msa matrix ok sgt sbb kwn2 smua best2..mula2 tu mmg terkejut jgklaa..kna study in fast track org kata..sbb setahun ja kn..mula2 mmg x jgka dpt mtrix sbb result bole blah laa..haha..sbb akaun A1..yg lain biasa2 ja..erm,dkat mtrix aku ada "flmy".. kta tggu next post..haha


USM pilihan mak sbnrnya..tp xpa..xley ckp menyesal sbb da msuk..hehe..universiti impian aku sbnrnya USIM, Nilai, N.9..srnok nk p jauh..mmg angan2 x tercapai..sedih lg..uhuk3..xpala.. uhuk3..mostly "flmy" smua kt shah alam, bangi, nilai n tg malim..km terpisah..tp xpa..utk mengejar cta2 fisabilillah.. oklaa..setakat ni dlu ea..hmm..nnti kta tggu next post plak..hope dpt cta byk lg.. salam perkenalan uooollllsss ! ;)